Rumah Suluk Farmina @ Nafar ini diasaskan oleh Hajah Farminah Binti Hasan yang beroperasi di parit raja darat batu pahat, johor. Rumah ini ditubuhkan kerana wasiat dari datuknya yang bernama KH Kussen bin Samsudin. KH Kussen ini adalah pengasas kepada rumah suluk dan pernah menulis buku berkaitan suluk dalam bukunya yang bertajuk permata batu pahat. Pada zaman beliau, beliau dikenali sebagai guru agama/wali. KH Kussen telah disemadikan dibelakang Masjid Semarang Parit Raja.
Suluk ialah aktiviti berzikir kepada Allah SWT. Terdapat 2 zikir dalam suluk iaitu Zikir Jahar dan Zikir Qolbu. Zikir Jahar disebut/dibaca secara lisan manakala Zikir Qalbu disebut/dibaca secara diam/didalam hati. Zikir Qalbu dibaca oleh individu didalam bilik yang dikhaskan olehnya yang dikenali sebagai Bilik Halwat & Bilik Uzlah. Didalam bilik inilah, peserta digalakkan membaca zikir semampu atau sebanyak yang boleh seperti didalam Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 40 hingga 42.
Jika anda sudah lama tidak khatam Al-Quran, atau tak mampu khatam ditempat anda, atau bacaan tajwidnya yang tidak betul, ataupun anda tidak pandai langsung membaca Al-Quran, kunjungilah rumah suluk ini untuk anda mempelajari Al-Quran, atau memperbaiki bacaan Al-Quran anda ataupun melancarkan bacaan Al-Quran anda. Didalam rumah suluk ini, khatamkanlah Al-Quran sebanyakkan yang anda mampu. Insya Allah ia boleh memberi syafaat di akhirat nanti. Amin
Bilik atau ruangan khas untuk peserta beribadah seorang diri. Di bilik ini peserta digalakkan beribadah sebanyak yg mungkin & fokus.
Lebih kurang sama seperti Bilik Halwat, tetapi dalam bilik ini anda boleh beribadah lebih santai. Bilik ini juga untuk anda beristirehat & bersihkan diri.
Dewan ini digunakan untuk program kelas-kelas agama seperti taklimat rumah suluk, pengajian kelas ibadah, tauhid, fekah dan sebagainya.
Bilik mandi ini adalah untuk anda mandi taubat. Sebelum anda bersuluk atau beribadah anda digalakkan untuk mandi taubat dan membersihkan diri.
Surau atau musolla untuk para peserta solat berjemaah. Digalakkan solat jemaah untuk solat 5 waktu di dalam surau ini terutama lelaki.
Disini tempatnya kelas pengajian Al-Quran untuk lelaki dan wanita. Kelas belajar dan memperbetulkan bacaan dan tajwid Al-Quran oleh Guru Suluk.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Maka banyakkanlah beristighfar pada Rejab ini kerana setiap saat dalamnya Allah SWT menyelamatkan seorang daripada api neraka.
Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan catatan kejahatan.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
*Bulan Rejab juga adalah bulan bersuluk. Suluk sehari dibulan Rejab sama seperti 700 hari biasa.
010-353 5570
019-745 2755
hakim182188@gmail.com
Rumah Ngaji & Rumah Suluk @ Nafar, 102, Jalan Parit Raja Darat, 86400 Parit Raja Batu Pahat, Johor